endless route


Photobucket

Saturday, March 22, 2008

lagu nih la!!!!--nyanyian dari penjara

Photobucket



dear bloggie...
ini lah lagu yang aku dok tercari-cari dari time aku lepak ngan lien kat kopitiam rituh!!! sebenarnyer, aku dah banyak kali gak dah dengar lagu nih, sebelom lien bagi tawu kat aku lagik.cume, aku xpernah tawu kisah disebalik lagu nih.lagu nih sedih sesangat-sangat.sebelom aku tawu kisah disebalik lagu nih, aku mmg dapat rase pon lagu nih agak touching.aku terjumper kat page sorang mat rempit dlm myspace. suddenly, tadik aku termasok blog someone, then ternampak entry dia --->nyanyian dari penjara.tetibe je aku teringat kat lien. sob.sob.then aku bace la synopsis kat page menteil.mmg sebijik ngan synopsis yg lien cite kat aku time kat kopitian rituh.ok la.xyah la nak cakap panjang lebar kan, meh aku copy paste je dari page menteil

*credit to menteil
:]


Alkisahnya begini… Seminggu sebelum pernikahan satu pasangan nie.. Si perempuan ingin memutuskan pertunangan mereka.. Sebabnya kerana si gadis ini ingin balik semula pada kekasih lamanya.. Disebabkan si lelaki hilang kesabaran dan dirasuk oleh hasutan syaitan, maka si lelaki itu menamatkan riwayat bekas tunangnya dengan teman barunya itu..

Tetapi si lelaki yang sedar kesalahannya itu menyerah diri pada pihak polis dan meminta hukuman gantung dikenakan terhadapnya.. Tetapi sebelum dirinya digantung, si pesalah ini meminta permintaan terakhir untuk merakamkan sebuah lagu untuk bekas tunangnya itu..

Inilah lagunya…


Bertahun sudah ku menunggu diri mu
Akhirnya kau menjadi milikku
Sukarnya untuk ku melupakan mu
Kerna kau ku cintai selalu

Tapi sayang kehadiran kekasih lama mu
Datang kembali mengenang cinta dahulu

Mengapa ini semua harus berlaku
Apakah ini semua kerna diri ku
Sedangkan aku cuma watak dalam percintaan
Tak sanggup aku melepaskanmu

Kau ibarat terperangkap ditengah lautan
Tak tahu mana arah untuk kau menuju

Tapi sayang kehadiran kekasih lama mu
Datang kembali mengenang cinta dahulu

Mengapa ini semua harus berlaku
Apakah ini semua kerna diri ku
Sedangkan aku cuma watak dalam percintaan
Tak sanggup aku melepaskanmu

Kau ibarat terperangkap ditengah lautan
Tak tahu mana arah untuk kau menuju

andainya kau pinta untuk melepaskan mu
Terpaksa aku turutkan
Mungkinkah ini suatu pengajaran
Di dalam percintaan


DOWNLOAD HERE
-----------------------------------------------------------------------------
sayu aku dengar lagu nih.lyric dier pon touching.lagi-lagi bile tawu, story behind of this song.begitu mendalam cinta laki tuh kat tunang dia kan? ade lagi ke species camnih skarang nih ??? laki yg setia camni dah hampir pupus.

*ape yang aku tawu,dari orang cakap, lepas tunang dier dengar lagu nih, teros jadik gila.ader gak yg cakap tunang dia mati terkujut.

moral of the story: hargai la orang yg sayang kan kita.

<$I18NNumTukangComments$>:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home